Achep

Achep

Sabtu, 07 Februari 2009

Virus komputer semakin meningkat



MASIH ingat bila virus komputer pertama muncul? Sesiapa yang mengikuti perkembangan komputer pasti ingat bahawa virus pertama ialah �Brain�. Ia muncul pada awal 1986.

Ini bermakna bahawa virus komputer sudah wujud 20 tahun lalu. Namun, asal-usul Brain masih menjadi tanda tanya. Ada pihak mengatakan Brain dicipta oleh sebuah perusahaan perisian Pakistan. Tujuan asalnya adalah untuk melindungi piranti lunak yang mereka cipta. Namun, Brain menjadi virus yang menjejaskan prestasi komputer.

Istilah virus komputer muncul lebih awal lagi daripada munculnya virus itu sendiri iaitu pada 1984. Ia dimunculkan oleh seorang peneliti komputer asal Amerika Syarikat bernama Fred Cohen.

Dua dekad yang lalu juga virus itu menular melalui cakera liut. Tindakan virus Brain tidaklah meluas kerana cakera liut digunakan untuk dari satu komputer ke komputer yang lain. Ketika itu belum wujud rangkaian komputer global atau internet lagi.

Kini setelah 20 tahun berlalu, jumlah virus di alam maya bukan saja berkurangan, tetapi telah meningkat. Jumlahnya menjangkau ratusan ribu, malahan mengikut sebuah tinjauan diperkirakan terdapat 150,000 program jahat yang berkeliaran di seluruh dunia. Kerjanya tidak lain lagi, asyik menyerang sistem teknologi maklumat global. Hingga ke saat ini sistem operasi Windows milik Microsoft menjadi sasaran utama para pembuat virus.

Virus komputer kini amat berbeza dengan Brain. Brain disebut juga sebagai virus sektor but kerana ia bersembunyi dan bertengger di kawasan dalam cakera liut. Ia memastikan dirinya terpasang setiap kali cakera liut itu dimasukkan ke dalam komputer.

Brain sudah punah dan Brain bukannya virus atau program komputer jahat yang pertama. Virus perosak pertama ialah virus �Elk Cloner� yang dicipta oleh Richard Skrenta. Virus ini menginfeksi mesin komputer dari jenis Apple II.

Perkembangan jaringan komputer lokal, e-mail dan seterusnya internet telah memicu peningkatan virus lain. Kini sebuah virus itu cuma perlu beberapa jam saja untuk menjangkiti bukan saja sebuah komputer, malahan ribuan komputer.

Selain itu, ada pelbagai jenis virus yang mengambil kesempatan pelbagai cara penyerangan untuk menginfeksi sesebuah rangkaian komputer. Ada bermacam nama virus seperti Nimba, Klez dan Sobig. Ada yang bernama glamour dan ada yang berbunyi lekeh.

Semua tahu bahawa jika gagal menyekat sesuatu serangan virus itu, maka pelbagai bentuk kerugian akan dialami. Misalnya, sesebuah syarikat itu boleh kerugian berjuta-juta ringgit akibat kehilangan maklumat perniagaan, apa lagi jika kerosakan itu meliputi sebahagian rangkaian atau kesemua infrastruktur komputer itu.

Sebuah laporan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Januari ini, menyebutkan bahawa pada 2005 sejumlah 84 peratus perniagaan di Amerika Syarikat diserang pelbagai virus, spyware atau program jahat lain. Sebanyak AS$24,000 digunakan untuk menangani serangan virus itu.

Dalam satu laporan lain pula seperti yang kutip dari Mail & Guardian Online(2004) mengatakan beragam virus komputer dan spam e-mel dalam jumlah yang amat besar boleh menyebabkan kepunahan Internet di masa hadapan.

Hannu H Kari , peneliti dan Profesor dari Helsinki University of Technology memperkirakan bahawa pada awal kejatuhan Internet akan terjadi pada 2006 ini. Analisis Kari berdasarkan kepada arah aliran dunia maya mengenai spam dan virus yang saat ini sedang bermaharajalela.

Contoh paling nyata adalah semakin banyak spam dan virus yang beredar di jaringan internet. Spam adalah e-mel yang diterima tanpa diundang atau dipinta. Akibatnya dunia maya menjadi semakin kacau dan susah untuk menyaring isi kandungan yang tidak dingini. Akses ke tapak web menjadi tidak nyaman lagi kerana banyak tapak palsu yang membelokkan arah pelayar.

Jumlah spam yang yang semakin meningkat di dalam jaringan Internet dan menyebar melalui e-mel juga menurunkan kecekapan serta menambahkan pembiayaan sesebuah komputer itu. Sementara itu, pengguna Internet akan semakin jarang mengakses tapak web sekadar untuk mendapat informasi.

Semakin tidak amannya internet tentu akan membuat manusia malas untuk mengunjunginya. Untuk mencegah internet ditinggalkan manusia, Kari menyarankan adanya langkah yang lebih proaktif. Menurutnya diperlukan peningkatan infrastruktur dan sofwer untuk mencegah kesan daripada serangan virus.

Kenapa ada manusia masih mencipta virus? Pada mulanya mencipta virus itu adalah satu hobi. Tetapi senario telah berubah. Kini manusia mencipta virus untuk mendapatkan habuan wang.

Oleh itu, nampaknya keanekaragaman dan kecanggihan virus tetap akan muncul dan meningkat buat masa hadapan. Seiring dengan itu juga perusahaan anti virus turut akan wujud dan berkembang dengan perlindungan baharu untuk menghindarkan serangan virus.

Pemilik komputer mempunyai tiada pilihan melainkan memasang peralatan anti virus, jika masih mahu memanfaatkan kemudahan komputer dan Internet. Pendek kata perang terhadap virus mungkin tiada nokhtahnya selagi manusia memerlukan komputer. Ia hidup seiring dengan kelangsungan hidup komputer.

0 komentar:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com